إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

أما بعد, فإن أصدق الحديث كتاب الله وأحسن الهدي هدي محمد وشر الأمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan daripada-Nya & kami memohon keampunan daripada-Nya. Dan kami berlindung dengan Allah daripada keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya, dan siapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.

Sunday, April 25, 2010

ASAH 3: Ucapan Ahli Hadith Tentang Sifat-sifat Allah

Demikian juga mereka (Ahli Hadith) menyatakan semua sifat Allah yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith sahih seperti As-Sama' (pendengaran), al-Basar (penglihatan), al-Ain (mata), al-Wajhu (muka), al-'Ilmu (ilmu), al-Quwwah (kekuatan), al-Qudrah (kemampuan), al-'Izzah (kemuliaan), al-'Adzamah (keagungan), dan lain-lain. Semuanya mereka nyatakan tanpa menyerupakannya dengan sifat-sifat yang ada pada makhlukNya. Bahkan mereka tidak melebihi apa yang telah dikatakan oleh Allah Ta'ala dan RasulNya.

Mereka tidak melakukan sebarang penambahan, penyandaran, mempersoal bagaimana sifat-sifat itu, menyerupakannya, menyelewengkan maknanya, mengubah-ubahnya, menghapuskan lafaz yang diketahui oleh bangsa Arab tentang kedudukannya dengan penakwilan (penyerupaan) yang mungkar.Mereka melaluinya di atas apa yang tertulis dan menyerahkan ilmu tentang bagaimana sifat-sifat itu kepada Allah Ta'ala.

Mereka menyatakan bahawa Allah sahaja yang mengetahui ta'wilnya sebagaimana Dia telah memberitakan perihal orang-orang yang mendalam ilmunya di dalam FirmanNya yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman dengan ayat-ayat yang mutasyabihat. Semua itu adalah dari sisi Tuhan kami." Dan tidaklah dapat mengambil pelajaran daripadanya kecuali orang-orang yang berakal." [Ali 'Imran: 7]

Ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. banyak sekali memperkatakan tentang sifat-sifat Allah dan lainnya, tidak dapat dimuatkan kesemuanya di dalam kitab ini. Para ulama' telah bersepakat tentang hadith-hadith yang berhubung dengannya. Kebanyakannya dikeluarkan beserta dengan sanad-sanad yang sahih di dalam kitab al-Intishaar. Kami meletakkan syarat di permulaan kitab ini dengan meringkaskan semaksima mungkin tanpa memperbanyakkan riwayat-riwayat dan sanad-sanad hadithnya yang sahih bilamana kami menukilkan athar-athar dan pengarang-pengarang musnad yang besar dan sahih.

-Dipetik dari kitab Aqidatus-Salaf (Ahlul Hadith) karya Syaikh Abu Uthman Ismail bin Abdur-Rahman Ash Shabuni.

0 comments: