إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

أما بعد, فإن أصدق الحديث كتاب الله وأحسن الهدي هدي محمد وشر الأمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan daripada-Nya & kami memohon keampunan daripada-Nya. Dan kami berlindung dengan Allah daripada keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya, dan siapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.

Sunday, January 02, 2011

Tiga Hero Yang Gagal

Daripada: Shahih Muslim, disusun oleh Imam Muslim.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili di hari kiamat adalah orang yang mati syahid. Dia akan dibawa ke hadapan Allah, yang akan menunjukkan nikmat yang telah diberikan padanya (selama di dunia), kemudian ia melihatnya. Kemudian Allah akan bertanya: "Apa yang kamu lakukan dengannya (nikmat itu)?"
Dia akan menjawab, "Aku berperang untuk agama-Mu dan kemudian aku mati sebagai syahid."
Tetapi Allah akan berkata, "Kamu berbohong. Kamu berperang agar manusia menganggapmu sebagai pemberani, dan telah dikatakan demikian kepadamu."
Kemudian ia diperintahkan untuk dihisab amalannya dan diseret dengan mukanya lalu dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudian, orang yang belajar ilmu lalu diajarkan kepada orang lain dan membaca Al-Quran (sewaktu di dunia) akan dibawakan ke hadapan Allah, yang akan mengingatkan orang itu kepada nikmat (yang telah diterimanya sewaktu di dunia) lalu ia melihatnya. Kemudian Allah akan bertanya, "Apa yang kamu lakukan dengannya (nikmat itu)?"
Dia akan menjawab, "Aku belajar ilmu lalu aku ajarkan dan aku membaca Al-Quran kerana-Mu."
Tetapi Allah akan berkata, "Kamu berbohong. Kamu belajar ilmu supaya dianggap oleh orang lain sebagai orang 'Alim dan kamu membaca Al-Quran supaya dianggap sebagai Qari’, dan telah dikatakan demikian kepadamu."
Kemudian orang itu diperintahkan untuk dihisab amalannya dan diseret dengan mukanya lalu dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudian, orang yang Allah jadikannya berpengaruh dan dilapangkan rezekinya oleh Allah dengan kekayaan (sewaktu di dunia) akan dibawa ke hadapan, dan ia diberitahukan nikmat yang telah diterimanya (selama di dunia), lalu ia melihatnya. Kemudian Allah akan bertanya: "Apa yang kamu lakukan dengannya (nikmat itu)?"
Dia akan menjawab, "Aku tidak pernah meninggalkan suatu tempat kecuali di situ aku bersedekah kerana Engkau."
Tetapi Allah akan berkata, "Kamu berbohong. Kamu berinfaq/bersedekah supaya kamu dikenali sebagai orang yang pemurah (dermawan), dan telah dikatakan demikian kepadamu."
Kemudian orang itu diperintahkan untuk dihisab amalannya dan diseret dengan mukanya lalu dilemparkan ke dalam neraka.

***
نسأل الله بأسمائه الحسنى وصفاته العلى ان يجعلنا من عباده المخلصين

Kami memohon daripada Allah dengan nama-nama-Nya yang indah dan shifat-Nya yang Maha tinggi agar menjadikan kami hamba-Nya yang mukhlis (ikhlas)

0 comments: