إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

أما بعد, فإن أصدق الحديث كتاب الله وأحسن الهدي هدي محمد وشر الأمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan daripada-Nya & kami memohon keampunan daripada-Nya. Dan kami berlindung dengan Allah daripada keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya, dan siapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.

Tuesday, March 22, 2011

Hak Wanita Dalam Islam: Apabila Wanita Dinikahkan Tanpa Keredhaannya.


1. Syariat Islam memberikan hak kepada wanita untuk membatalkan akad pernikahan yang tidak disukainya, sebagai bentuk perlindungan kepadanya dalam hal kerelaan terhadap sebuah perkahwinan. Syariat Islam juga menghilangkan pemaksaan terhadap dirinya untuk menikah dengan orang yang tidak disukai.


2. Dalam sebuah riwayat sahih disebutkan bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam memberi pilihan kepada wanita untuk membatalkan pernikahan apabila ia tidak suka dinikahkan dengan orang yang dibencinya.


3. An-Nasa-i meriwayatkan dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Seorang wanita muda menemui Aisyah, lalu bercerita: 'Ayahku menikahkanku dengan anak saudaranya untuk mengangkat status sosialnya, padahal aku tidak menyukainya.' Aisyah berkata: 'Duduklah hingga Nabi shallallahu alaihi wa sallam datang.' Kemudian, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pun datang, dan Aisyah menceritakannya kepada baginda. Lalu baginda mengutus seseorang untuk memanggil ayah wanita tersebut. Setelah itu, baginda menyerahkan keputusannya di tangan si wanita. Wanita itu pun berkata: 'Wahai Rasulullah, sebenarnya aku telah rela terhadap apa yang dilakukan ayahku. Namun aku ingin mengetahui apakah wanita memiliki hak dalam masalah ini." (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasa-i, Ibn Majah)


4. Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibn Abbas radhiyallahu 'anhu: "Seorang gadis datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan menceritakan bahawa ayahnya telah menikahkan dirinya, padahal dia tidak menyukai lelaki pilihan ayahnya. Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam memberinya pilihan. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, an-nasa-i, Ibn Majah, Abu Ya'la, ath-Thahawi. Hadis ini mempunyai riwayat penguat dalam sahih Bukhari)


5. Az-Zanjani (ahli bahasa dari kalangan fuqaha' mazhab Syafi'i) berkata ketika membicarakan hadis di atas sebagai pokok yang memunculkan pelbagai cabang permasalahan: Di antara contohnya adalah talak yg dipaksa, memerdekakan hamba yang dipaksa, jual beli yang dipaksa, penyewaan yang dipaksa, pernikahan yang dipaksa, rujuk yang dipaksa dan yang lainnya, merupakan perbuatan yang tidak sah menurut mazhab Syafi'i. (Rujuk: Takhriijul Furu' 'alal Ushul, halaman 287)


6. Keridhaan merupakan hak yang dijamin syariat Islam, maka digugurkan kesan perbuatan yang dilakukan secara terpaksa. Hal ini sebagai bentuk keringanan dari Allah 'Azza wa Jal sebagaimana yang dikatakan oleh az-Zarkasyi rahimahullah (ahli fiqh, ushul fiqh, sastera) dalam kitab Al-Mantsur fil Qawaa'id.


Wallahu Ta'ala a'lam.


Maraaji': Dhamaanaat Huquuqil Mar-ah az-Zaujiyyah (Beginilah Islam Melindungi Wanita)


0 comments: