إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

أما بعد, فإن أصدق الحديث كتاب الله وأحسن الهدي هدي محمد وشر الأمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan daripada-Nya & kami memohon keampunan daripada-Nya. Dan kami berlindung dengan Allah daripada keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya, dan siapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.

Tuesday, August 16, 2011

Melabur Harta untuk Dibawa Mati

Bismillah
Alhamdulillah

Sering kita dengar dan fikirkan bahawa harta yang kita ada sekarang ini tidak mungkin boleh dibawa mati. Saya juga berfikir begitu.

Tapi berapa ramai yang tahu dan sedar, sebenarnya ada caranya untuk kita bawa mati harta-harta yang kita ada di dunia ini!

Caranya mudah saja. Bukan dengan menyuruh waris kita memasukkan sekali harta-harta tersebut ke dalam kubur kita nanti, tetapi adalah dengan cara menginfaqkan/ sedekahkan harta kita kepada orang yang memerlukan ketika kita masih hidup. Ya, ketika kita masih hidup! Sekarang la..

Sedar tak sedar, harta yang kita belanjakan pada jalan Allah tidaklah hilang begitu saja.. Sebenarnya harta-harta tersebut kekal menjadi harta kita, di mana kita akan mendapat manfaat daripada harta tersebut ketika kita di alam yang satu lagi, iaitu di alam akhirat yang kekal abadi..

Yelah, lepas kita meninggalkan dunia ini nanti, harta menimbun di dunia itu dah tak berguna lagi, tiada nilainya lagi.. dalam kubur, di akhirat, mana ada kita beli barang guna ringgit malaysia, atau US Dollar, kannn.... semua keperluan dan kesenangan di sana hanya dapat kita peroleh dengan amal yang kita lakukan ketika di dunia ini sahaja, dan salah satunya ialah membelanjakan harta dan kesenangan yang kita miliki pada hari ini pada jalan Allah..

Ingat...! Harta kita adalah apa yang kita belanjakan...

Yang kita tak belanjakan tu, bukan lagi harta kita, ia akan jadi harta orang lain, atau jadi sia-sia.. Jadi, jangan sia-siakan harta anda dengan hanya menyimpannya. Belanjakanlah sebaik-baiknya :)

Kalau kita boleh invest e.g. RM500 setiap bulan di dalam bank, kemudian dalam tempoh 10 tahun lagi barulah kita akan dapat hasil daripada investment tersebut, siapa boleh jamin kita masih bernyawa pada 10 tahun yang akan datang, kan? Kenapa kita tak invest jer RM500 tu ke jalan Allah, gembirakan hati orang miskin, dll, yang mana hasil daripada semua itu pasti akan dapat kita nikmati di penghujung hayat kita nanti.. Dijamin kot semua orang akan mati....

Setakat ini belum ada lagi dalam sejarah atau mana-mana rekod di mana orang yang mati dapat kembali semula ke dunia.. Ini cukup membuktikan betapa hidup di dunia sekejap cuma,, hidup di akhirat yang kekal selamanya, lebih panjang berganda-ganda tempoh masa untuk kita hidup di sana.. tapi persiapan kita untuk hidup yang panjang dan kekal tidak sebanyak persiapan kita untuk hidup yang singkat ini.. Rugi..

Kita (termasuk saya la) gemar mengejar kesenangan hidup yg cuma 50-70 tahun, tapi terlupa untuk kejar kesenangan hidup 500000000000000000000000000000000000000 - infiniti di dunia yang satu lagi... kenapa..

Kesimpulannya, saya menyokong orang yang mencari kekayaan di dunia ini, dan kemudian melabur kekayaan yang dia miliki itu untuk akhirat.. Orang itu memang cerdik.. Lebih cerdik daripada orang yang melabur di bank2 untuk dipungut di hari tua yang mana pada masa itu dunia semakin meninggalkan dia, kubur pula semakin menjemput..

Hmm, nasihat untuk diri sendiri..
Izzati, simpan harta sikit-sikit di dunia tak apa (supaya tak menyusahkan orang nanti), tapi melaburlah lebih banyak lagi untuk akhirat... jangan terbalik..

‎"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya, kecuali tiga perkara; sedekah jariah (sewaktu dia masih hidup), ilmu yang bermanfaat (yg diajarkannya sewaktu ia masih hidup), dan doa anak yang soleh." (Hadis sahih riwayat Abu Daud)

Suatu ketika, Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang bersedekah, di syurga nanti, dia akan memiliki seperti apa yang ia sedekahkan.” Abu Dahdah Radhiallahu’anhu bertanya kepada RasulullahShalallaahu ‘alaihi wa Sallam ,“Wahai Rasulullah, aku memiliki dua kebun. Apabila salah satunya kusedekahkan, apakah kelak aku akan memiliki kebun seperti itu di syurga?’ Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Benar.” Abu Dahdah Radhiallahu’anhu kembali bertanya, “Apakah isteri dan anak-anakku juga akan bersamaku di syurga?” Abu Dahdah pun membulatkan tekadnya untuk menyedekahkan kebunnya yang terbaik. Sesampainya di kebun itu, ia berjumpa dengan isteri dan anak-anaknya. Ia pun menegaskan kepada mereka, “Aku akan menyedekahkan kebun ini. Dengan begitu, aku membeli kebun seperti ini di syurga. Adapun engkau, isteriku, akan bersamaku dan seluruh anak kita.” Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Benar.” Tiba-tiba saja menitislah air mata bahagia dari kedua pelupuk mata isterinya yang beriman itu. Isteri Abu Dahdah lalu berkata, “Semoga yang engkau jual dan beli diberkati Allah Subhanahu wa Ta’ala, wahai suamiku.” Isteri Abu Dahdah kemudian segera memanggil anak-anaknya dan meninggalkan kebun itu kerana sudah bukan milik mereka lagi. Akhirnya, kebun itu menjadi milik umat Islam yang miskin.

Kisah di atas dikutip oleh Al-Kalbi dalam tafsirnya saat menjelaskan surah Al-Baqarah ayat 245,
"Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjamannya yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (QS. Al-Baqarah ayat: 245).

Kisah ini juga terdapat dalam hadits riwayat Imam Muslim.

Dari Abu Hurairah radhiyallaHu ‘anHu, Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya Allah menerima sedekah, lalu Dia mengambilnya dengan tangan kanan-Nya, kemudian menumbuhkembangkannya untuk salah seorang di antara kalian, seperti kalian menumbuh-kembangkan anak kuda, anak sapi ataupun anak unta miliknya, sehingga satu suapan saja bisa menjadi besar seperti gunung Uhud” (HR. at Tirmidzi dan Ahmad)


Wallahu Ta'aala A'lam.

Sekian, wassalam..

Izzati.
16/8/2011
1.58 pm - selesai taip. habis waktu rehat.

0 comments: